Saturday 31 October 2015

Pesawat Rusia bawa lebih 200 penumpang terhempas di Sinai - PM Mesir

Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.

KAHERAH: Sebuah pesawat Russia telah terhempas di pusat bandar Sinai membabitkan lebih daripada 200 penumpang dan anak kapal dan insiden tersebut telah disahkan pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media.

Pesawat model Airbus A-321 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah, dalam perjalanan ke bandar St Petersburg, Rusia.

Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah hilang di Cyprus.

Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.

Laporan terkini mengatakan pesawat tersebut membawa seramai 217 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pihak berkuasa penerbangan Rusia Rosaviatsiya berkata dalam satu kenyataan bahawa penerbangan 9268 meninggalkan Sharm el-Sheikh pada 6:51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo jam 12.10 tengah hari.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu gagal membuat hubungan radio yang dijadualkan dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus 23 minit selepas berlepas dan hilang daripada radar.

- Sumber: Agensi | Oktober 31, 2015

No comments:

Post a Comment