Monday 13 July 2015

Low Yat kecoh lagi, petugas media turut cedera

Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial. - Gambar Internet

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya empat dilaporkan cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat, malam tadi. 

Insiden sekitar jam 12 malam itu tercetus‎ apabila peserta perhimpunan bantahan aman tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis dalam perbincangan.

Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).

Sekitar jam 4 pagi, polis turut mengarahkan orang ramai yang masih berada di sekitar Plaza Low Yat meninggalkan kawasan itu.

‎Polis sebelum itu sudah memberi penjelasan isu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat pada Sabtu malam kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membuat bantahan aman pada 6.30 petang semalam.

- Sumber: Sinar Harian | 13 Julai 2015

No comments:

Post a Comment