Khairul Anwar Rahmat
JOHOR BAHRU - Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat mengumumkan akan melepaskan semua jawatan yang disandangkan dalam Umno berkuat kuasa 11 Julai 2015.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khairul Group pagi ini, Khairul Anwar dilaporkan ingin melepaskan semua jawatan dalam Umno bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma.
"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan," kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu turut dipetik, tindakan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa.
Sementara itu, ketika Khairul Anwar turut mengesahkan peletakan jawatan itu ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
"Keputusan ini diambil selepas mendapat restu dari ibu saya serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.
"Keputusan ini juga dibuat berpandu petunjuk ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Khairul Anwar menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.
Beliau juga berharap akan mencapai kejayaan dalam apa jua lapangan yang bakal diceburi kelak.
- Sumber: Sinar Harian | 27 Jun 2015
No comments:
Post a Comment