Tuesday 26 May 2015

Samsung tarik peminat the Avengers dengan keluaran Edge Iron Man



Samsung Galaxy Edge Iron Man akan dikeluarkan untuk pasaran Korea pada 27 Mei sebelum di China dan Hong Kong pada Jun. 

Samsung baru sahaja memperkenalkan keluaran terhad model Samsung Galaxy S6 Edge Iron Man.

Bagaimanapun berita buruk buat peminat Iron Man dan Samsung Galaxy di Malaysia, ia hanya akan dikeluarkan untuk pasaran Korea pada 27 Mei sebelum di China dan Hong Kong pada Jun.

Edge Iron Man dikeluarkan seakan Iron Man mark IV dengan warna merah dan emas seperti baju perisai yang dipakai penciptanya Tony Stark dalam filem terbitan Marvel.

Orang ramai dapat melihat keluaran terbaru menerusi video 'unboxing' yang dimuat naik pada saluran Youtube Samsung Mobile.

Bukan sahaja pada luaran, perisian pada telefon itu juga dipadankan dengan tema the Avengers termasuk ikon, fon dan skema warna.

Selain itu ia hadir dengan memori 64 gigabait dan spesifikasi yang sama dengan Galaxy S6.

Samsung Malaysia belum mengumumkan sama ada Edge Iron Man akan dikeluarkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment