Tuesday, 26 May 2015

Juara selfie dunia 2015 jatuh kepada .....

The Rock dinobat juara selfie dunia

AKHIRNYA juara selfie dunia menjadi milik Dwayne Johnson, 43, apabila berjaya merakam 105 selfie dalam tempoh 3 minit, lantas memecahkan rekod dunia.

Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock memecah rekod dunia kategori itu apabila berselfie bersama peminatnya di karpet merah sempena sesi tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul San Andreas di Odeon Leicester Square, London.

Hanya gambar yang jelas sahaja diambil kira. Pengadil Rekod Dunia, Mark memastikan wajah beliau dan leher para peminat haruslah lengkap dan gambar tidak kabur.

Akhirnya Mark memutuskan The Rock melepasi kelayakan itu dan berjaya memecah rekod dunia

No comments:

Post a Comment