Monday 4 May 2015

Pengendali laman FMC tidak ada kaitan dengan Puteri UMNO - Mas Ermieyati

MAS ERMIEYATI: Pengendali laman FMC tidak ada kaitan dengan Puteri UMNO - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali dengan panggilan Yana ada kaitan dengan sayap parti berkenaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebelum ini beliau sudah meminta pihak berkuasa menyiasat segera siapa sebenarnya dalang di belakang laman berkenaan yang cuba memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka di bawah nama parti.

Menurutnya, beliau sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati Yana tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwanya. Malah, wajah yang dipaparkan yang mendakwa pengendali laman itu turut tidak dicam ahli pergerakan Puteri UMNO Gombak sendiri.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lepas untuk segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini segera,” kata Mas Ermieyati ketika ditemui semasa melawat rumah keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lepas.

Beliau juga berkata, beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi 'orang dalam' juga seharusnya disiasat selain tindakan sewajarnya diambil segera.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment