Monday 4 May 2015

Pelumba haram bukan sekadar saman, hukum penjara lebih setimpal - Media Sosial

Astro AWANI berkesempatan bertanya pandangan pembaca mengenai cara membanteras kegiatan berlumba haram menerusi Facebook

KUALA LUMPUR: Tragedi sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 7 bulan yang terkorban di dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE semalam membuka mata banyak pihak.

Dari keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup, CCTV dan informasi dari media sosial ramai mendakwa kejadian malang itu berpunca dari tindakan enam pemandu kereta Myvi yang berlumba sekitar jam 1.05 pagi.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian selain berjanji siasatan akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis.

Astro AWANI berkesempatan bertanya pandangan pembaca mengenai bagaimanakah cara terbaik membanteras kegiatan berlumba haram di jalan raya menerusi laman Facebook kami.

Pelbagai komen dan reaksi diperolehi mengenai cadangan atau pandangan peribadi rakyat Malaysia mengenai isu lumba haram ini.

Segelintir mencadangkan supaya beberapa peraturan bagi membendung pemanduan laju yang dipraktikkan di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu dilaksana di Malaysia.




Sesetengah mengatakan bahawa pemantauan perlu dijalankan dengan lebih telus terhadap kelab-kelab kenderaan. Beberapa peraturan pula seharusnya diberi lebih perhatian dan dipatuhi oleh kesemua ahli kelab yang mendaftar.



Sebahagian pengguna Facebook menyentuh aspek hukuman kepada pesalah jalan raya. Ada cadangan dilihat ironi terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham Fairuz Nizam Husain sekeluarga.





Fairuz, 35 dan isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa, berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan itu.

Kereta Pajero yang dipandu Fairuz, yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi, lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. Akibatnya, kereta Pajero itu berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment