Wednesday 13 May 2015

5 maut, berpuluh cedera dalam nahas kereta api di Philadelphia

Sekurang-kurangnya lima maut dan berpuluh lagi cedera apabila sebuah kereta api antara wilayah tergelincir lalu terbalik di Philadelphia, Amerika Syarikat.

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima maut dan berpuluh lagi cedera apabila sebuah kereta api antara wilayah tergelincir lalu terbalik di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Kereta api Amtrak 188 yang dilapor membawa kira-kira 240 penumpang itu terbalik tengah malam Selasa.

Laporan bomba di lokasi kejadian turut menyebut sebuah daripada 10 gerabak yang diperbuat daripada logam itu bengkok.

Berpuluh anggota pasukan penyelamat menggunakan lampu suluh dan tangga untuk mencari mangsa yang terselamat.

Polis, bomba dan ambulans yang dikerahkan kelihatan memenuhi ruang sekitar lokasi kejadian.

Kereta api 188 dijadual bertolak dari Washington pada 7.10 malam waktu tempatan dan tiba di New York pada 10.34 malam.

Kereta api Amtrak itu juga tidak dilengkapi dengan ciri tali pinggang keselamatan.

Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dilapor sedang mengumpulkan maklumat tentang kejadian.

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment