Sunday 12 April 2015

'Terbaik Dari Langit' menang Filem Terbaik AIFFA 2015

Filem Terbaik Dari Langit turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

KUALA LUMPUR: Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment