Sunday 12 April 2015

Bagaimana Australia laksanakan GST?


KERAJAAN Australia memberi kelonggaran cukai penggajian dari 15 peratus hingga ke 20 peratus sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara tersebut.

Memetik laporan Analisis Ekonomi Terhadap Impak GST Dalam Pembaharuan Cukai (Economic Analysis of the Impacts of Using GST to Reform Taxes), pengurangan cukai tersebut bertujuan untuk membolehkan perniagaan beroperasi dengan lebih produktif dan mengurangkan kesan ke atas permintaan modal asing.

“Dalam jangka masa panjang, penghapusan cukai gaji sebanyak 15 peratus ke 20 peratus ini membawa kepada mengurangkan aliran keluar mata wang Australia untuk membayar hutang dan keperluan ekuiti. Ia sekali gus memberi tekanan ke atas kadar pertukaran di Australia.

“Ia juga dapat mengimbangi kecenderungan mengeksport yang lebih tinggi, dan juga membawa tahap yang lebih tinggi kepada industri import Australia,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Pengurangan dalam cukai penggajian juga mampu menyokong dan meringankan pendapatan isi rumah pekerja.

“Ini kerana cukai penggajian adalah cukai yang boleh mempengaruhi pendapatan atau perbelanjaan yang diberi kepada isi rumah dan gaji yang dibayar oleh majikan,” kata laporan tersebut lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment