Thursday 9 April 2015

KPN ajak pengkritik bersemuka secara santai


KPN ajak pengkritik bersemuka secara santai

KUALA LUMPUR: Selepas dikritik hebat beberapa pihak atas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa perkara antaranya penahanan pemimpin pembangkang, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia mendengar pandangan orang ramai dalam satu majlis yang dinamakan Santai With IGP (Santai bersama KPN).

Menurut jurucakap majlis tersebut yang hanya dikenali dengan nama Azura, hanya 20 peserta diberi peluang untuk bertukar pandangan dengan KPN pada majlis tersebut.

Mereka yang berminat untuk menghadiri Santai With IGP perlu menghantar maklumat peribadi serta akaun twitter kepada penganjur majlis tersebut.

"Jika anda mahu bertukar pandangan dengan KPN, jadi ini sesi untuk anda. Teh tarik sambil sembang dengan KPN.

"Ramai kalangan kita banyak memperkatakan tentang pasukan polis di Twitter. Kenapa tidak katakan kepada KPN sendiri, bersemuka?" tulis pemilik akaun twitter yang dipercayai jurucakap program tersebut.

Lokasi Santai With IGP masih tidak diketahui, hanya akan diberitahu kepada mereka yang terpilih untuk menghadirinya.

"Kenapa 20seat saja? Sebab namanya #SantaiWithIGP. Kalau dah penuh satu dewan, itu namanya perhimpunan," tulis jurucakap itu.


I only have 20 seats for #SantaiWithIGP. Only chosen ones will be notified of the exact location.— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015

Kenapa 20 seat saja? Sebab namanya #SantaiWithIGP. Kalau dah penuh satu dewan, itu namanya perhimpunan.— Cruella DeMean (@LaraWitch) April 8, 2015


- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment