Tuesday, 17 March 2015

Nurul Izzah bebas tanpa reman

Wan Azizah Wan Ismail 

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari tadi.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, melalui akaun Twitternya, Alhamdulillah Nurul Izzah dibebaskan atas jaminan polis.

“Terima kasih kepada sokongan dan doa semua. Terus berjuang,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu, polis memaklumkan peguam Nurul Izzah mengatakan mereka tidak akan menahan reman Nurul Izzah.

Semalam, Nurul Izzah ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment