Menurut Persatuan Perniagaan Kecil Johor Bahru, presidennya Chin Yoke Weng (dalam bulatan) adalah antara yang meninggal dunia. Foto The Rakyat Post
KUALA LUMPUR: Lima warga Malaysia maut dipercayai akibat terhidu gas yang bocor dari pemanas air di pangsapuri mereka di Nanning, China hari ini, lapor The Rakyat Post.
Bagaimanapun mangsa keenam daripada kumpulan ahli perniagaan tersebut dilaporkan terselamat.
Menurut satu kenyataan dari Persatuan Perniagaan Kecil Johor Bahru, presidennya Chin Yoke Weng adalah antara yang meninggal dunia.
Anak-anak mendiang dilaporkan akan pergi ke Nanning untuk menuntut mayat ayah mereka.
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha-Agung persatuan itu, Khoo Beng Ching, memaklumkan bahawa Ching telah pergi Nanning untuk mencari peluang perniagaan.
Kesemua ahli-ahli perniagaan itu pergi ke Nanning semalam, namun identiti individu yang selebihnya masih belum dikenal pasti.
Mangsa yang terselamat itu, seorang wanita, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. Manakala lima yang maut itu merupakan lelaki.
Kelima-lima mereka menunggal semasa tidur dan difahamkan bahawa kesemuanya berasal dari Johor Bahru.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment