Tuesday 17 February 2015

Tangkaplah saya kalau boleh - Aktivis Sabah

Aktivis Sabah Doris Jones tidak mempunyai niat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut.

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis Sabah yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, tidak berhasrat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut yang dikenakan ke atasnya.

Memetik laporan The Star, Doris Jones berkata tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh pihak polis Malaysia pada Rabu.

Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menamakan Doris Yapp Kim Youn sebagai suspek, namun dia memperkenalkan dirinya sebagai "Doris Jones" apabila menghubungi akhbar itu.

“Saya Doris Jones,” katanya apabila ditanya jika dia ialah Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, suspek yang dinamakan dalam waran tangkap itu.

Beliau juga memberitahu akhbar harian itu bahawa terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, namun enggan mendedahkan lokasi di mana dia berada.

"Mereka boleh cuba untuk tangkap saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah atau mungkin lebih Australia. Mereka boleh cuba.

"Saya tidak fikir Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan EU," kata aktivis berusia 46 tahun itu.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment