Tuesday 17 February 2015

Lady Gaga dan Taylor Kinney bertunang

Penyanyi kontroversi itu bertemu dengan Kinney pada rakaman set video musik 'You & I kira-kira empat tahun lalu.

JIKA anda rasa artis penuh kontroversi Lady Gaga tidak mungkin akan menemui putera idamannya kerana hidupnya yang dikatakan bercelaru, tanggapan anda ternyata salah.

Penyanyi yang amat sinonim dengan stail fesyen yang aneh dan eklektik ini telah bertunang dengan aktor idaman ramai wanita, Taylor Kinney yang juga merupakan pelakon siri Chicago Fire.

Lady Gaga telah berkongsi gambar cincin di jarinya di media sosial Instagram dengan kata-kata, “He gave me his heart on Valentine’s Day, and I said, YES!” (“Dia berikan hatinya kepada saya pada hari Valentine dan saya kata, YA!”)

Penyanyi penuh kontroversi itu bertemu dengan Kinney pada set rakaman video muzik "You & I" kira-kira empat tahun lalu.

Diklasifikasikan sebagai 'suara generasi baru', Lady Gaga beroleh kemasyhuran segera melalui album sulungnya "The Fame" yang telah diterbitkan pada tahun 2008.

Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta menganggap dirinya sebagai seorang yang penuh misteri.

Sejak menjadi perhatian media sejurus popularitinya meningkat, artis sensasi berusia 29 tahun ini sering menjadi buah mulut peminat muzik dan juga pengkritik.

Antara lagu hit Lady Gaga termasuk "Applause" dan "Poker Face."

Lady Gaga baru-baru ini memenangi Anugerah Grammy keenam untuk album "Cheek to Cheek" menampilkan gandingan unik bersama legenda muzik Tony Bennett.

Ratu pop itu juga dijadualkan membuat persembahan di Anugerah Oscar pada Ahad (Isnin di Malaysia).

- Sumber: Agencies

No comments:

Post a Comment