Tuesday 17 February 2015

Akibat marah, seorang penjual kek warga Myanmar ditembak



Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan kejadian tersebut.

KUALA LUMPUR: Seorang penjual kek warga Myanmar telah ditembak individu dipercayai marah kerana mangsa dikatakan 'menghalang lalu lintas' berhampiran rumahnya.

Menurut polis, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Ahad di Batu Caves itu, mangsa dilaporkan telah diserang ketika sedang menjalankan perniagaannya.

Berdasarkan laporan, mangsa pada ketika itu sedang menjual kek di hadapan sebuah kedai serbaneka apabila sebuah kereta Proton Perdana putih berhenti, di mana suspek telah turun dengan parang sambil memecahkan barang perniagaan mangsa.

Mangsa yang ketakutan, telah lari ke seberang jalan namun dikejar suspek dengan kereta yang kemudiannya bertindak menembak mangsa apabila dia melarikan diri di sebalik tiang.

Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai mangsa wanita berusia 27 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan kejadian.

"Ya memang kejadian itu berlaku... semalam. Dan pihak polis masih menjalankan siasatan," katanya.

Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan seorang warga Myanmar dalam insiden di Pusat Bandar Utara Selayang itu.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian telah menjumpai dua butir anak peluru dan siasatan kini masih diteruskan.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment