Tuesday 17 February 2015

Kereta terbang 20 meter, lelaki nyaris maut

Lelaki berkenaan dipercayai memandu dengan laju dan merempuh pembahagi jalan

PENDANG: Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, dipercayai memandu kenderaan jenis Toyota Prado dengan laju dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 61, Jalan Alor Setar menghala ke Pendang, pagi Isnin.

Akibat terbabas, kereta mangsa turut merempuh papan tanda jalan, menyebabkan kenderaannya remuk.

Mangsa cedera ringan di kepala dan menerima rawatan awal dari pasukan kecemasan di lokasi nahas.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment