Tuesday 10 February 2015

Perintah berkurung di perairan enam daerah ESSZONE dilanjut

Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

KOTA KINABALU: Perintah berkurung bagi fasa ke-14 di perairan enam daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan mulai esok hingga 26 Februari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan faktor keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan keseluruhan rakyat negeri ini khususnya penduduk di kawasan ESSZONE.

Jalaluddin berkata, ia juga bertujuan memudahkan penguatkuasaan bagi memantau pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, selain menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

"Sokongan daripada pengusaha chalet dan orang awam penting dalam menjamin keselamatan perairan termasuklah semua pulau yang terletak di persempadanan.


"Kuasa sudah diberikan kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon untuk tujuan perikanan atau aktiviti lain yang memerlukan laluan yang mendesak," katanya di sini, sebentar tadi.

Penguatkuasaan perintah berkurung itu membabitkan perairan di daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan mulai jam 7 malam hingga 5 pagi.

- Sumber: BH Online

No comments:

Post a Comment