Tuesday 10 February 2015

GT4 varian Cayman terulung?



Jika dipandang dari sudut keluarga model-model keluaran Porsche, nama yang paling disegani adalah 911. Jenis Cayman dan Boxster pula diletakkan lebih rendah, maklumlah ia jauh lebih ‘muda’ berbanding model 911 yang sudah wujud lebih dari 50 tahun.

Tetapi dari segi kejuruteraan, model Cayman mempunyai potensi yang tidak mungkin dapat disaingi model 911; iaitu keseimbangan berat statik hasil daripada enjin yang ditempatkan di (lebih kurang) bahagian tengah casis coupe ini.


Dan Porsche baharu sahaja menjadikan model Cayman lebih menarik dengan pengenalan varian GT4 yang berkongsi beberapa komponen dengan model 911 GT3.

Sebuah enjin 3.8-liter, enam silinder (jenis boxer) yang juga dipasang pada 911 Carrera S menghasilkan 385hp pada 7,400rpm. Kuasa ini pergi ke kotak gear manual 6-kelajuan dan tiada pilihan kotak gear automatik PDK. Pecutan 0-100km/sj dianggarkan mengambil masa 4.4 saat.



Buat masa ini maklumat terperinci masih lagi belum dikeluarkan. Ia hanya akan didedahkan apabila ia dilancarkan secara rasmi di Pameran Kereta Geneva bulan Mac kelak. Buat masa ini, kita diberitahu bahawa Cayman GT4 ini adalah 30mm lebih rendah daripada model standard dan dibekalkan dengan sistem brek dihasilkan khas untuknya.

Kelengkapan standard termasuklah lampu utama bi-xenon, ekzos sport, Sport Chrono Pack dengan Dynamic Engine Mount, kemasan dalaman kulit/Alcantara, kerusi sport dan aloi 20 inci.

Selain itu ia juga dipasang dengan sistem Porsche Torque Vectoring (PTV) beserta LSD mekanikal dan juga Porsche Stability Management (PSM).

Mengikut Porsche, Cayman GT4 ini mencatat masa 7 minit 40 saat untuk melalui litar Nürburgring Nordschleife di negara Jerman. Untuk perbandingan, sebuah Cayman S yang dipandu oleh lagenda rali Walter Rohrl melakukan aksi yang sama dalam masa 7 mini 55 saat.


- Sumber: Astro Publication

No comments:

Post a Comment