Saturday 7 February 2015

Khalid serah SKMM siasat individu gelar polis seperti 'anjing'

KHALID: Berhati-hatilah kita bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat seorang individu yang didakwa menggelar polis sebagai ‘anjing’ di satu laman sosial milik peribadinya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan menghina polis itu tidak seharusnya dilakukan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat lapor Utusan Online.

“Berhati-hatilah bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit,” kata beliau dalam laporan yang sama.

Individu terbabit yang dipercayai seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen swasta mendapat kecaman hebat orang ramai di media sosial mengenai kenyataannya itu.

Dia bagaimanapun di dalam sebuah blog telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan mengaku menulis dalam keadaan marah selepas kenderaannya dikatakan disaman pihak polis susulan ukuran plat keretanya yang dikatakan melanggar undang-undang. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment