Sunday 22 February 2015

Kanak-kanak mati lemas di kolam renang hotel

Ong Jing Jie dikatakan berada di dalam kolam dewasa berkenaan bersama ibu dan bapanya pada pukul 10 pagi sebelum didapati lemas kira-kira 30 minit kemudian. - Gambar Hiasan

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Ong Jing Jie dikatakan berada di dalam kolam dewasa berkenaan bersama ibu dan bapanya pada pukul 10 pagi sebelum didapati lemas kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata jurulatih kolam renang itu telah menegur ibu bapa kanak-kanak berkenaan, namun tegurannya tidak diendahkan.

"Menurut ibu bapa kanak-kanak itu mereka tidak menyedari mangsa telah lemas kerana kejadian berlaku pantas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keluarga berkenaan datang dari Skudai, Johor untuk bercuti di negeri ini dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment