Thursday 1 January 2015

QZ8501: Ciri-ciri 4 mayat yang diterbangkan ke Surabaya didedahkan

Gambar menunjukkan proses pemindahan mayat daripada bot ke Kapal KD Lekir petang Rabu - Foto Twitter Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

KUALA LUMPUR: Ciri-ciri empat mayat mangsa nahas pesawat Air Asia Indonesa QZ8501 telah dikeluarkan oleh pasukan forensik polis Indonesia yang bertugas di Hospital Sultan Imanuddin.

Keempat-empat mayat itu telah diterbangkan ke Hospital Surabaya semalam.

Menurut laporan Kompas.com, berdasarkan pengenalan awal, empat jenazah tersebut terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketua pasukan forensik polis Indonesia, Anton Castilani memberitahu satu mayat lelaki yang ditemui memakai baju berwarna biru gelap dengan tulisan nombor tiga di lengan kiri.

Manakala satu lagi mayat lelaki memakai kemeja coklat dan berseluar jeans biru tua. Pada saku kanannya terdapat telefon bimbit berwarna putih dan jam tangan jenis Rolex di pergelangan tangan kri.

Sementara itu, satu mayat perempuan mengenakan baju serba merah dan disahkan ialah kru pesawat QZ8501.

Mayat perempuan yang terakhir mengenakan baju dan seluar berwarna gelap, mempunyai tatu salib pada bahu kiri, berketinggian 167 sentimeter dan mungkin berusia sekitar 40 tahun.

“Jasad mangsa dalam proses mereput namun masih dalam keadaan sempurna” Jelas Anton.

Selain empat mayat itu, masih ada tiga lagi mayat mangsa nahas yang berada di kapal pasukan SAR.

Ketiga-tiga mayat mangsa masih belum dapat dibawa ke Pangkalan Bun kerana cuaca buruk yang menyukarkan helikopter memindahkan mangsa.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment