Thursday 1 January 2015

Amerika simpati, tawar bantuan kepada mangsa banjir

Amerika simpati, tawar bantuan kepada mangsa banjir
John Kerry

Setiausaha Negara Amerika John Kerry menyampaikan ucapan simpati kepada rakyat Malaysia yang dilanda banjir dan menawarkan bantuan negara itu kepada mereka.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Kerry menelefon beliau tengah malam tadi untuk bertanya tentang keadaan banjir di Malaysia.

"Kerry juga mengucapkan takziah kepada mangsa tragedi Pesawat AirAsia QZ8501, menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan menyatakan Amerika sedia membantu dalam gerakan mencari," katanya.

Anifah berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerry kerana membuat panggilan itu dan manghargai ucapan takziah serta bantuan yang ditawarkan.

"Malaysia menghargai keprihatinan yang ditunjukkan Amerika dan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara itu bagi memudahkan pengurusan bantuan yang ditawarkan," katanya. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment