Monday, 1 September 2014

Dua anggota polis Indonesia ditahan di Kuching akibat dadah

Dua anggota polis Indonesia ditahan di Kuching kerana dadah lapor Kompas

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis Indonesia dilaporkan ditahan di Kuching Jumaat lepas atas kesalahan terlibat sindiket dadah, lapor Kompas.com

Ketua Polis Daerah Kalimatan Barat, Brigadir Jenderal Arief Sulistyanto dilaporkan sebagai berkata, kejadian tersebut telah merosakkan apa yang telah dilakukan Kepolisian Daerah Kalimantan Barat selama ini.

Arief dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata pihaknya mengetahui tentang penangkapan tersebut ketika beliau dalam perjalanan ke Singkawang dari Mempawah, Jumaat lepas.

Dua anggota tersebut, AKBP Idha Endri Prastiono dan Brigadir Kepala MH Harahap dilaporkan ditahan disebuah hotel di Kuching.

Arief telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak atasannya dan satu pasukan dari Kepolisian Kalimatan Barat telah dihantar ke Kuching pada Sabtu.

Sementara, Ketua Bahagian Penerangan Umum Polri, Agus Rianto berkata pihaknya mengambil berat terhadap kes tersebut dan masih menunggu laporan lengkap dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Agus berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak PDRM dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

--Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment