Wednesday 2 July 2014

UNDIAN: Dimanakah Muhammad Rizalman sewajarnya dibicarakan?


Menteri Luar Negara Daruk Seri Anifah Aman telah menegaskan bahawa Muhammad Rizalman akan disiasat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Semalam, pihak media di Malaysia gempar apabila identiti seorang pegawai diplomatik Malaysia yang dituduh atas cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita New Zealand, didedahkan.

Mahkamah Tinggi Wellington, yang menarik balik larangan untuk tidak mendedahkan identiti pegawai itu ekoran penindasan dari media New Zealand, mendedahkan nama pegawai tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, seorang pembantu kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang berpangkat pegawai waran II di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Muhammad Rizalman, 38, dituduh di sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei atas tuduhan melakukan pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol, sehari selepas dia didakwa mengekori seorang wanita berumur 21 tahun ke rumahnya dan menyerangnya.

Namun, selepas memperoleh kekebalan diplomatik, bapa kepada tiga orang anak itu, telah dibawa kembali ke Malaysia pada bulan yang sama.

Perdana Menteri New Zealand, John Kerry sebelum ini telah menyatakan keutamaan beliau untuk diplomat itu dibicarakan di bawah undang-undang New Zealand tetapi Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada selasa menegaskan bahawa diplomat itu akan disiasat di Malaysia terlebih dahulu.

Susulan itu juga Mindef telah menubuhkan satu Badan Siasatan bagi menyiasat perkara itu.

Menteri Luar New Zealand, Murray McCully dalam reaksinya berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan itu.

Undian setakat 2 Julai 2014 @1.50pm:

New Zealand 77.68%

Malaysia 22.32%


Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment