Wednesday 2 July 2014

ISIS isytihar pembentukan negara 'pemerintahan Khalifah'


ISIS berjaya menguasai beberapa daerah di Iraq dan Syria. -AFP PHOTO/HO/SANA



Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS) dilaporkan telah mengisytiharkan kawasan yang didudukinya di Iraq dan Syria sebagai negara Islam baharu, sekaligus menghapuskan Iraq dan Levant dari namanya.

Memetik laporan The Independent, ISIS kini dikenali sebagai Daulah Islam Negara Islam (IS) sahaja dan kumpulan itu menggesa kumpulan al-Qaeda dan puak Sunni yang lain untuk terus melafazkan ikrar taat setia mereka.

Menurut ketua jurucakap ISIS Abu Mohammed al-Adnani, pengisytiharan untuk kembali ke “pemerintahan khalifah” dilakukan setelah mesyuarat Majlis Shura kumpulan berkenaan.

Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa beberapa minggu ini ISIS telah berjaya menguasai beberapa daerah besar di barat dan utara Iraq.

Untuk dua tahun, kumpulan berkenaan turut berjaya menguasai beberapa bahagian Syria, mengenakan tafsiran undang-undang yang tegas dan dalam beberapa kes, didakwa membunuh pembangkang dari kumpulan Syiah.

Kumpulan bersenjata Sunni di Iraq mengisytiharkan Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah. - AFP PHOTO/HO/ US Department of State’s Bureau of Diplomatic Security


Adnani turut berkata semua organisasi jihad kini perlu memberikan sokongan mereka kepada pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, yang telah diisytiharkan sebagai Khalifah di negeri yang baru ini. 

Seorang penyelidik dari Quoilliam Charlie Cooper berkata, pengisytiharan Baghdadi sebagai Khalifah terus mengundang kontroversi.

"Tidak ada seorang Khalifah sejak Empayar Ottoman di luar mazhab Ahmadiyya, dan khalifah yang dilantik adalah pengganti yang sah untuk Nabi Muhammad."

"Hakikat bahawa ISIS telah melakukan pengisytiharan ini mempunyai implikasi ideologi dan teologi yang besar. Ia adalah satu cabaran besar kepada al-Qaeda dan perjuangan mereka," kata beliau kepada - The Independent.

No comments:

Post a Comment