Neelofa menegaskan penghijrahannya itu datang tanpa paksaan dan ia ikhlas dari hati.
“Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.
“Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung,” kata pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya kepada Astro Gempak.
Ketika ditanya menerusi aplikasi Whatsapp pada malam Selasa, Neelofa menegaskan penghijrahannya itu datang tanpa paksaan dan ia ikhlas dari hati.
“Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini.
“Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati. Mengapa saya mengambil keputusan ini biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya.
Menurut pengacara program MeleTop itu lagi, dia mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan nekad bertudung selepas sekian lama mencari jawapan untuk perubahan diri yang lebih baik.
“Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pembakar semangat saya.
“Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan dan menyokong saya. Kepada yang sentiasa memberikan sokongan, terima kasih dan saya menghargainya,” ujarnya.
Jurucakap beberapa produk dan pengurus rangkaian perniagaan sendiri ini juga turut mengakui ada menghadiri kelas agama dan majlis ilmu untuk memperbaiki diri. -- Astro Arena
No comments:
Post a Comment