Sunday 9 February 2014

Saya perlu bergerak beberapa langkah lagi sebelum berundur - Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen BN Sarawak hari ini. -- Foto Bernama


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau perlu bergerak "beberapa langkah lagi" sebelum bersara dari jawatannya.

Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Ketua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasratnya untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.

"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Taib ialah Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: "Ya...saya fikir begitulah...supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari".

Bernama 

No comments:

Post a Comment