Sunday 9 February 2014

Zizan Razak ungguli Anugerah MeleTOP ERA



Zizan Razak berjaya membawa pulang anugerah utama pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME) iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu, beliau juga membawa pulang anugerah Fesyen Meletop, Bintang Siber Meletop, dan Anugerah WeChat Meletop.

Hafiz juga mengungguli anugerah tersebut yang diadakan buat pertama kali dengan tiga anugerah: Grup/Duo Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.

Pendatang baru Zara Zya berjaya membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baru Meletop. 

AME yang bertemakan 'Yang Hit, Yang Meletop' merupakan anugerah terbaru untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.

Ia menampilkan Datuk AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad selaku pengacara. Manakala Hanis Zalikha dan Aril bakal bertindak selaku pengacara karpet merah.

AME berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu malam.

No comments:

Post a Comment