Saturday 27 December 2014

Tiada wabak menular di pusat pemindahan


KUALA TERENGGANU - Tiada wabak dilaporkan menular di pusat pemindahan mangsa banjir di seluruh Terengganu ketika ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Beliau berkata mangsa mematuhi prosedur operasi standard kesihatan dan kebersihan makanan yang dibekalkan agensi kerajaan.

"Kita bekerjasama baik dengan pihak Kementerian Kesihatan yang melawat pusat pemindahan bagi memeriksa tahap kebersihan makanan yang dibekalkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata hospital di negeri ini bersedia menerima pesakit dari Kelantan yang memerlukan rawatan.

"Ia melibatkan empat buah hospital iaitu Hospital Sultan Sultanah Nur Zahirah, Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu," katanya. Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Negeri, Dr Mohamad Omar berkata pihaknya telah menyediakan 90 buah katil untuk di keseluruhan hospital, khusus untuk pesakit kritikal atau memerlukan penjagaan khas. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment