Saturday 27 December 2014

Perdana Menteri tiba di Kelantan bagi memantau situasi banjir

Perdana Menteri sedang meninjau keadaan banjir di Kelantan. - Foto Twitter Suara Kedah

MKOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan pukul 1.40 petang ini bagi mendengar taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi semasa banjir di Kelantan.

Selain menerima taklimat, Najib dijadualkan mempengerusikan mesyuarat bersama MKN, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana, kerajaan negeri dan pasukan bantuan kecemasan untuk menetapkan langkah baharu dalam memberi sokongan kepada mangsa banjir.

Najib yang sebelum ini berada di luar negara, menerima perkembangan terkini berkenaan situasi banjir setiap hari.

Beliau juga sentiasa berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Kebangsaan melaksanakan usaha membantu mangsa.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment