Friday 5 December 2014

Saham-saham MAS digantung mulai 15 Disember

Hari terakhir untuk urus niaga saham MAS sebelum penggantungan ialah pada Jumaat, 12 Dis.

KUALA LUMPUR: Urus niaga saham-saham Malaysia Airlines System Bhd (MAS) di Pasaran Utama Bursa Malaysia akan digantung berkuat kuasa dari 15 Dis, 2014 pada 9 pagi, tiga hari sebelum tarikh kelayakan bagi pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilihnya (SCR).

Sehubungan itu, hari terakhir untuk urus niaga saham MAS sebelum penggantungan ialah pada Jumaat, 12 Dis.

"Di bawah SCR, pemegang saham biasa MAS, selain Khazanah Nasional Bhd, yang namanya tercatat pada rekod pendeposit syarikat setakat pada 5 petang pada 19 Disember akan layak untuk menerima jumlah tunai 27 sen bagi setiap saham MAS," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini, Khamis.

MAS berkata pembayaran balik modal dijangka dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh kelayakan.

Urus niaga saham MAS akan terus digantung sehingga selesai SCR dan penyahsenaraian seterusnya MAS daripada senarai rasmi Bursa Malaysia, katanya. 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment