Friday 5 December 2014

Jennifer Lawrence tandingi Amy Winehouse?


PENGLIBATAN bintang jelita ini dalam bidang lakonan sememangnya berjaya mengumpulkan sejumlah bilangan peminat yang tersendiri.

Bukan sahaja memiliki rupa yang menawan, malah Jennifer Lawrence, 24, tampil dengan pakej lengkap dalam bakat lakonan.

Sepanjang lebih enam tahun dalam bidang lakonan, Lawrence telah menjayakan lebih daripada 10 filem termasuk Garden Party, The Poker House, The Burning Plain, Winter’s Bone, Like Crazy, The Beaver Norah, X-Men: First Class, The Hunger Games, House at the End of the Street, Silver Linings Playbook, The Devil You Know, The Hunger Games: Catching Fire, American Hustle, X-Men: Days of Future Past, Serena dan Dumb and Dumber To.

Terbaharu, menerusi filem, The Hunger Games : Mockingjay-Part 1, Lawrence dicabar untuk mempertaruhkan suaranya menerusi lagu, The Hanging Tree.

Menariknya, walaupun tidak pernah menghasilkan album atau single selama ini, namun dia berjaya membawa lagu ini dengan baik persis penyanyi hebat!

Malah, satu kejayaan besar buat bintang ini apabila lagunya itu turut tersenarai dalam carta 40 lagu terpopular Inggeris.

Pun begitu, Lawrence mengakui dia masih dalam proses pembelajaran dan banyak perkara yang perlu dia tahu mengenai muzik.

Menurut sutradara, Francis Lawrence, menerusi filem yang diperkenalkan pada November lalu, Lawrence menampilkan kemampuan suaranya yang hebat.

"Walaupun Lawrence menyanyikan lagu itu sebagai Katniss Everdeen, namun suaranya memiliki karakter yang sangat unik.

"Malah, kalau dikaji, suaranya seakan sama dengan bintang terkenal, Amy Winehouse," jelas Lawrence lagi.

Liam Hemsworth atau Nicholas Hoult?

Menyelak data peribadi bintang cantik ini, kisah cintanya tidak menghalang Lawrence untuk memberikan komitmen penuh dalam bidang kerja.

Pernah menjalinkan hubungan cinta bersama, Nicholas Hoult pada 2011 setelah membintangi filem X-Men : First Class, namun hubungan itu kecundang pada Januari tahun lalu.

Pun begitu, mereka kembali menjernihkan hubungan apabila bersama enam bulan kemudian ketika bekerjasama dalam X-Men: Days of Future Past, namun, putus pada Ogos lalu dengan alasan jadual kerja yang terlalu padat.

Namun, sejak akhir-akhir ini, Lawrence dikatakan mulai rapat dengan beberapa lelaki termasuk bekas tunang, Miley Cyrus, Liam Hemsworth.

Bergandingan bersama menerusi Hunger Games, ini merupakan faktor utama mereka mempunyai banyak masa untuk bersama.

Pun begitu, Lawrence tidak menjadikan khabar itu sebagai penghalang untuk dia rapat dengan mana-mana lelaki lain.

"Kami memiliki keserasian dalam watak, namun tidak bermakna itu membuatkan kami betul-betul jatuh cinta. Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja," katanya lagi.

Selain itu, Hoult juga dikatakan kembali menagih cinta Lawrence pada saat ini dan ada kemungkinan, cinta mereka kembali bertaut untuk kali ketiga ataupun Lawrence sudah beralih arah kepada Hemsworth?

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment