Wednesday 3 December 2014

Laporan RCI: Tiada 'Projek IC' di Sabah

Tidak wujud 'Projek IC' sepertimana didakwa sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan (RCI) pendatang asing di Sabah mendapati wujud aktiviti haram berhubung pengeluaran dokumen pengenalan Malaysia secara meluas kepada pendatang atau orang asing yang dikatakan berlaku dalam negeri tersebut.

Bagaimanapun, tidak wujud pemberian kad pengenalan secara meluas atau 'Projek IC' sepertimana didakwa sebelum ini.

Statistik dari tempoh 1996 hingga 2000 menunjukkan ketibaan orang Indonesia ialah 457,850 tetapi pelepasan pulang mereka ialah 228,366 orang.

Dalam tempoh yang sama, direkodkan bahawa ketibaan orang Filipina ialah 210,910 orang dan pelepasan pulang mereka ialah 199,169 orang.

Ini jelas menunjukkan jurang besar antara ketibaan dan pelepasan pulang.

Orang asing tinggal lebih lama di Sabah disebabkan pekerjaan atau sebab-sebab lain berkaitan sosial dan ekonomi.

Walaubagaimanapun, perbezaan besar itu menunjukkan bahawa rakyat daripada kedua-dua Indonesia dan Filipina datang dengan menggunakan visa pelawat atau pas sementara tetapi sudahnya menjadi orang yang tinggal melebihi tempoh secara haram sekaligus menjadi pekerja haram di negeri itu.

Laporan RCI turut menggariskan syor mewujudkan satu jawatankuasa pengurusan atau majlis perundingan mengenai pendatang atau orang asing yang diketuai oleh profesional bebas yang mempunyai integriti.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment