Monday 24 November 2014

Wanita maut terjatuh tingkat 11

Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipercayai warga asing ditemui maut selepas terjatuh tingkat 11 di sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, dekat sini, semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu disedari oleh pengawal keselamatan yang meronda di kawasan tersebut.

Mangsa yang berpakaian baju tidur berusia 20-an itu ditemui terperosok di bawah sebuah kereta Proton Waja selepas terjatuh dan menghempap sebuah kereta Proton Wira.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal polis percaya wanita tersebut terjatuh dari tingkat 11 bangunan kondo tersebut selepas pihak pengurusan bangunan mendapati sebuah unit tingkat 11 kondo itu dalam keadaan pintu terbuka tetapi tiada penghuni.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian akibat parah kaki, pinggang, dan kepala.

“Siasatan di unit rumah berkenaan mendapati, jeriji besi dan pintu rumah itu terbuka serta kosong sebelum menemui peralatan menghisap dadah.

“Kita masih siasat identiti mangsa. Namun, dipercayai mangsa merupakan warga asing berikutan tiada kesan suntikan BCG pada lengannya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment