Monday 24 November 2014

Nokia bakal umum produk misteri

RAMAI peminat Nokia menantikan jenama tersebut kembali semula dan ingin mendapatkan produk yang dihasilkan oleh mereka.

Nokia dilaporkan mengatakan terbuka untuk melesenkan jenama mereka untuk pengeluar telefon pintar lain.

Kini, melalui laman Facebook dan Twitter, Nokia memperlihatkan yang mana mereka bakal mengumumkan sebuah produk baharu.

Melalui perkongsian Nokia, mereka memperlihatkan sebuah kotak hitam dengan jenama Nokia, sekali gus membawa kepada pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Ramai pengguna mengatakan ia mungkin berkait rapat dengan penstrim media, ataupun mungkin pihak Nokia sendiri mempunyai sebuah produk misteri untuk diumumkan.akal mengumumkan iada pada Slush 2014, iaitu salah satu acara memfokuskan inovasi dan produk baru di Finland.

Sebelum ini, Jolla turut mengambil pentas utama mengumumkan produk mereka pada acara Slush ini.

Jadi, bagi anda, apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia ini?

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment