Monday, 24 November 2014

11 mangsa letupan lombong arang batu masih kritikal

Sebelas orang mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantu, Sri Aman masih berada dalam keadaan kritikal. -Gambar fail

KUCHING: Sebelas orang mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantu, Sri Aman masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mereka menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan.

Seorang petugas HUS berkata mereka yang stabil itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sementara enam yang lain di Wad Kuning dan seorang di Wad Hijau.

Selain HUS, mangsa lain yang kurang kritikal ditempatkan di Hospital Sri Aman dan lima lagi di dua hospital swasta.

Kebanyakan pekerja yang cedera merupakan warga asing dari Korea Utara, Indonesia, Myanmar, China dan Bangladesh.

Dalam kejadian pagi semalam itu, tiga pekerja warga asing turut maut.

Sebanyak 119 pekerja bekerja di lombong yang beroperasi sejak lapan tahun lalu itu.

Dua tahun lepas, sebuah lombong arang batu di Abok turut meletup dan mengorbankan empat warga China.

Berikut senarai penuh mangsa kejadian yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak hari ini.

MAUT:
----
1. Tun Tun Win, 36, (Myanmar)
2. Pang Chung Hyok, 29, (Korea Utara)
3. Kardianto, 38 (Indonesia)

CEDERA:
-------
(Indonesia)
1. Abdul Salam, 26
2. Nurul Huda, 21
3. Sutarman, 38
4. Triono, 28
5. Mohd Zainudin, 25
6. Ahmad Zidin, 27
7. Nur Fatoni, 25
8. Nyiar, 53

(Myanmar)
1. Aum Tok, 36
2. Aung Myint Htut, 26
3. Nyi Nyi Lwin, 27
4. Kyaw Moe Win, 25
5. Kyi Ngwe, 27
6. Win Soe, 41

(China)
1. Yang Chol Lin, 36
2. Nie Jing Wen, 43
3. Li Xiao Long, 30
4. Qin Han Qiang, 47
5. Chen Liang, (umur tidak diketahui)
6. Nie Jing Wen, 44

(Bangladesh)
1. Mohamad Jakir, 45
2. Maha Bubu, 30

(Korea Utara)
1. Kim Kum Song, 28
2. Kwak Ju Hyok, 28
3. Chin Shol Ju, 28
4. Ri Ho Chol, 28
5. Ju Kim Song (umur tidak diketahui)
6. Sin Chung Hyon, 28
7. Jong Song Nam, 28
8. Kim Ji Song, 28. 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a comment