Sunday 23 November 2014

Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Johor Barat berterusan sehingga malam ini


Jabatan Meteorologi mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan sama turut berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka.

KUALA LUMPUR: Cuaca ribut petir di perairan Perlis, Kedah dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga Sabtu malam.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata keadaan sama turut berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

- Sumber: Bernama, Nov. 22

No comments:

Post a Comment