Sunday 23 November 2014

Mesin potong rumpai ciptaan DBKL

  • Ahmad Phesal (kiri) melihat keberkesanan fungsi mesin potong rumpai ketika ujian cubaan dibuat di Taman Tasik Titiwangsa selepas pelancarannya, kelmarin.
  • Ahmad Phesal (kiri) melihat keberkesanan fungsi mesin potong rumpai ketika ujian cubaan dibuat di Taman Tasik Titiwangsa selepas pelancarannya, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mereka cipta mesin pemotong rumpai yang juga merupakan sistem pertama dibangunkan di rantau Asia Tenggara, hasil idea inovasi kakitangannya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya sendiri sebelum ini berdepan masalah dengan pertumbuhan rumpai yang begitu cepat di tasik rekreasi sehingga menjejaskan aktiviti tasik.

Bagaimanapun menurutnya, menerusi mesin dinamakan ‘Weed Buster’ ini, kerja-kerja pembersihan rumpai dapat dilaksanakan dengan lebih mudah serta menjimatkan kos dan masa bagi penyelenggaraan tasik.

“Kita bangunkannya secara prototaip dengan kos RM200,000 yang direalisasikan oleh Axis Stream Sdn Bhd.

“Ia berupaya memotong rumpai di kedalaman satu meter di bawah paras air namun kita akan lihat balik agar kedalamannya ditingkatkan. Dalam masa sama ia berupaya membawa naik sebanyak 500 kilogram rumpai setiap kali pembersihan dibuat,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Idea Inovasi ‘Weed Buster’, di Taman Tasik Titiwangsa, kelmarin.

‘Weed Buster’ direka cipta oleh Kumpulan Inspiration yang juga pemenang tempat pertama anugerah inovasi sempena Hari Inovasi peringkat DBKL pada 2013, terdiri daripada dua kakitangan wanita dari Jabatan Lanskap dan Rekreasi iaitu Pegawai Pertanian, Norliana Jamalludin dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Latipah Saad.

Ahmad Phesal menambah, Weed Buster telah dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek.

“Ia sudah boleh dikomersialkan sekiranya ada berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat cara penggunaannya,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment