Sunday 23 November 2014

Rezence - 'wireless charging' untuk semua peranti

Rezence alternatif baru untuk pengecasan peranti -Gambar Forbes.com

Penggunaan telefon pintar dan tablet yang kerap boleh membuatkan bateri sesuatu peranti habis dalam hanya beberapa jam selepas dicaj penuh.

Walaupun ‘power-bank’ menjadi penyelamat, sedikit sebanyak tetap timbul masalah sekiranya alat bantuan itu sendiri kehabisan kuasa di kala kita terdesak untuk menggunakan peranti mudah alih bagi urusan penting.

Kini, beberapa syarikat giat membina teknologi pengecasan tanpa wayar untuk pelbagai jenis peranti, trend yang dijangka popular menjelang 2015.

Walaupun sudah terdapat beberapa peranti tanpa wayar di pasaran, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaik.

Mensasarkan pengecasan tanpa wayar untuk telefon mudah alih, tablet dan komputer riba, Intel dengan kerjasama syarikat lain membentuk piawaian yang dinamakan Rezence.

Rezence dibina untuk menyesuaikan dengan pelbagai permukaan selain menyokong hampir semua peranti.

Piawaian baru ini mendapat sokongan daripada syarikat -syarikat besar seperti Samsung, HTC, Asus, Acer, HP dan Panasonic.




- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment