Sunday 26 October 2014

Universiti Malaya nafi PDRM akan ambil alih keselamatan esok


UM nafi PDRM akan ambil alih keselamatan esok. - Sumber www.afterschool.my

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) nafi memberi amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada hari esok.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, pihaknya juga menafikan bahawa keselamatan kampus akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan.

“Tidak aka perkara bahawa polis akan mengambil alih, UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?

“Tidak ada notis, UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku,” kata beliau kepada portal berita Malaysiakini hari ini.

Beliau megulas mengenai beberapa laporan berita yang mengatakan pihak polis akan mengambil alih keselamatan universiti itu dipercayai bertujuan bagi menghalang Anwar memasuki kampus untuk menyampaikan pidato di situ.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment