Sunday 26 October 2014

‘Stewart ada niat jahat’

Parah..Namkung diusung keluar petugas medik selepas mengadu sakit di bahagian rusuk akibat pelanggaran dengan Stewart
Parah..Namkung diusung keluar petugas medik selepas mengadu sakit di bahagian rusuk akibat pelanggaran dengan Stewart

JURULATIH Kedah, Tan Cheng Hoe menyifatkan Damion Stewart mempunyai niat jahat hingga menyebabkan kecederaan serius kepada awang importnya, Namkung Woong pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuantan, kelmarin.

Pada aksi itu, Stewart melakukan terjahan keras hingga Namkung terpaksa dikeluarkan pada awal pemain dan digantikan dengan Khyril Muhymeen Zambri.

“Terjahan pemain itu cukup kasar dan anda (peminat) sendiri boleh menilainya. Pada saya, dia (Stewart) memang ada niat buruk terhadap pemain Kedah.

“Saya enggan komen adakah patut kad perlu dilayangkan kerana tidak mahu digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) . Siapa yang bermain bola boleh tahu adakah ia satu ‘tackle’ kasar atau tidak,” katanya mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kedah hingga Mac 2015.

Difahamkan, Namkung tidak mengikuti rombongan pulang ke Alor Setar kerana masih menerima rawatan di Kuantan Medical Center akibat patah satu tulang rusuk dan kecederaan kecil di paru-parunya.

Kedah tersingkir dalam laluan menuju ke final selepas tewas agregat 6-3 walaupun menang 3-1 di Stadium Darul Aman, Ahad lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment