Sunday 26 October 2014

Mayat seorang daripada dua lelaki hilang ditemui

KOTA BHARU - Mayat seorang daripada dua lelaki yang hilang di Sungai Aring, Gua Musang, susulan kejadian rakit dinaiki 10 lelaki untuk memancing terlanggar batu dua hari lalu, ditemui petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Nordin Ibrahim berkata, mayat Mohd Nor Abdul Rahman, 47, daripada Taman Sri Medan, Petaling Jaya,Selangor, ditemui kira-kira 3.30 petang semalam.

"Mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan telah dituntut anggota keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari seorang lagi lelaki iaitu Nasrul Hafiz Shahrudin, 29, dari Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam pada Jumaat, kedua-dua lelaki itu bersama lapan rakan lain sedang berkelah di Kuala Koh sebelum menaiki rakit buluh yang dipinjam daripada penduduk Orang Asli untuk memancing ikan.

Rakit buluh itu melanggar batu di tengah sungai menyebabkan kesemuanya terjatuh ke dalam sungai. Bagaimanapun, lapan yang lain berjaya menyelamatkan diri. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment