Friday 31 October 2014

Pengasas Android tinggalkan Google


PENGASAS perisian mobile Google’s Android dilaporkan meninggalkan syarikat gergasi Internet itu bagi memulakan projek inkubator dalam pembinaan produk perkakasan teknologi.

Memetik laporan The Wall Street Journal, perkara itu disahkan Google dan Andy Rubin sendiri.

“Saya harap Andy berjaya dengan apa yang dia buat selepas ini. Dengan Android, dia telah mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa, ditambah dengan lebih satu bilion pengguna. Terima kasih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page dalam satu kenyataan.

Andy Rubin merupakan salah seorang pengasas syarikat Danger Inc. sebelum beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003 untuk menubuhkan Android Inc yang kemudiannya telah dibeli oleh Google, dua tahun kemudian.

- Sumber: Sinar Harian 

1 comment: