Friday 31 October 2014

Adele terima pujian lagi

Adele
Adele bersama trofi yang dimenanginya.

PROFIL

Nama : Adele Laurie Blue Adkins
Lahir : 5 Mei 1988
Asal : West Norwood, London
Pasangan : Simon Konecki
Tahun Aktif : 2006–sekarang

SEPANJANG penglibatan seni penyanyi hebat ini sejak 2006, lagu-lagu dendangannya sentiasa memenuhi selera pendengar khususnya peminat.

Sebut sahaja lagu, Rolling In The Deep, Someone Like You, Set Fire To The Rain, mahupun Rumour Has It, masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.

Setelah berehat panjang pada tahun ini, Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 26, bakal tampil dengan album ketiganya tidak lama lagi.

Sebelum ini, ada yang memberitahu album berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini, namun pihak pengurusan penyanyi kelahiran Tottenham, ini memberitahu bahawa album itu akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Turut disenaraikan sebagai pengkarya yang amat menitikberatkan soal kualiti dan mutu, perkara ini turut diakui oleh penulis lirik handal, Diane Warren ketika sama-sama terlibat dalam pembikinan album itu.

Jelas Warren, Adele sangat teliti dan memastikan hasil kerjanya dalam album ketiga ini benar-benar bagus dan memenuhi selera peminat.

"Saya terbang ke London untuk mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan untuk album ini dengan Adele pada akhir tahun lalu.

"Ketika itu juga, kami turut merakam beberapa lagu dan hasil rakaman itu, saya percaya, dia telah melakukan latihan yang cukup sebelum ini. Malah, saya yakin, Adele adalah pemuzik yang luar biasa hebatnya," jelas Warren lagi.

Sebelum ini, Warren pernah bekerjasama dalam pembikinan album untuk penyanyi terkenal, Beyonce Knowles, Sir Elton John dan Whitney Houston.

Makin kurus

Walaupun bentuk badannya tidak seramping selebriti terkenal yang lain, namun sebenarnya Adele berusaha untuk menurunkan berat badannya secara berperingkat.

Pernah tampil di majlis hiburan dengan penampilan yang kurang memuaskan, Adele turut menanam hasrat untuk muncul dengan tubuh yang lebih kurus.

Setelah lama menyepi dan menyembunyikan diri, akhirnya Adele memuat naik foto dirinya di laman sosial, Twitter, untuk tatapan peminatnya.

Apa yang jelas, ada perbezaan yang digambarkan dalam foto berkenaan berbanding satu ketika dahulu. Dalam foto itu, Adele kelihatan jauh lebih kurus dengan bentuk wajahnya yang turut berubah.

Bersama foto berkenaan, kekasih hati Simon Konecki ini turut meninggalkan kata-kata yang tertulis, 'Bye bye 25... Jumpa lagi'.

Kemungkinan besar, kemunculan Adele dengan album barunya nanti turut dikejutkan dengan penampilannya yang lebih anggun dan elegan!

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment