Thursday 16 October 2014

Mayat lelaki ditemui di lintasan kereta api, dipercayai digilis

Mangsa dipercayai mati akibat digilis tren komuter.- Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran lintasan kereta api Batu Segambut di sini pada awal Rabu.

Siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian pada 5.50 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Mangsa dipercayai mati akibat digilis tren komuter.

Ketua polis Sentul ACP R. Munusamy berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment