Thursday 16 October 2014

Khasiat Air kelapa Untuk Wanita



Ramai yang mempersoalkan khasiat sebenar air kelapa yang sejak tahun lalu menjadi kegilaan atau trend di Hollywood lebih-lebih lagi kepada kelompok selebriti yang amat menitik beratkan kesihatan peribadi. Selepas wheatgrass, goji berries dan vitamin water, air kelapa dilabel sebagaithe new ‘it’ healthy drink di Amerika Syarikat. 

Dua nama besar, Madonna dan Rihanna pernah di’tangkap’ memegang dan minum air kelapa ketika bersiar-siar di tempat awam. Vita Coco antara produk berasaskan buah kelapa yang popular di pasaran dan kini air kelapa dijual di dalam botol atau kotak secara komersil. Selain pasaraya, minuman ini mudah didapati di mana-mana sahaja, tidak kira di gim atau studio yoga mahupun dijual secara maya.

Mudah, air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air kepada badan. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan potassium dan bebas lemak dan kolestrol yang dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi. Altenatif terbaik buat yang mahukan air minuman dengan kandungan gula yang kurang daripada jus buah-buahan dan soda. 

Air kelapa adalah sumber hidrasi yang bagus buat senaman ringan kerana kandungan potassium yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah ideal kepada atlet yang melakukan endurance training atau senaman berat. 

Jumlah karbohidrat dan sumber electrolyte yang terdapat dalam air kelapa tidak mencukupi untuk memberi anda sumber energi yang diperlukan. Apa yang utama anda harus memastikan tahap hidrasi adalah seiring dengan senaman yang dilakukan. Jangan pula nanti ada yang pengsan kerana tidak cukup air di dalam badan.

Kebaikan lain air kelapa kepada kesihatan:

1. Membersihkan badan dan kulit

Sebagai sumber hidrasi, air kelapa bagus untuk badan dan kulit anda. Jika diminum setiap hari, air kelapa bertindak sebagai agen mencuci sistem pengaliran darah dan penghadaman yang cukup bagus untuk menyingkirkan toksin .Kandungan mineral dan asid amino yang kaya pula berfungsi sebagai nyah-toksin untuk kulit rosak dan dapat mengekalkan awet muda. Jerawat juga dapat dikurangkan apabila anda membasuh kulit dengan air kelapa.

2. Mengurangkan berat badan

Tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan diet shake atau supplement kurus badan kerana air kelapa akan membantu mengurangkan lemak dan membentuk tubuh yang anda impikan jika diamal meminumnya setiap hari. Kandungan gula dan lemak yang sangat rendah selain asid lauric akan mempercepatkan kadar metabolism dalam membekalkan oksigen dalam badan. Juga sesuai untuk pengidap diabetis.

- Sumber: Publikasi Astro

No comments:

Post a Comment