Wednesday 29 October 2014

Mati di atas kerusi

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas kerusi rehat di dalam biliknya di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh, semalam.

Mayat lelaki berusia 50 tahun itu ditemui selepas anak mangsa mengadu bapanya tidak keluar dari bilik selama dua hari dan pernah menghantar SMS memberitahu sakit dada.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pasukan polis yang pergi ke tempat kejadian nampak mangsa melalui tingkap dan pintu bilik berkunci sebelum bertindak memecahkan pintu bilik untuk melakukan pemeriksaan.

"Mangsa ditemui terbaring di atas kerusi rehat. Hasil siasatan tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, " katanya.

-Sumber: Harian Metro, Okt 29

No comments:

Post a Comment