Untuk minggu pertama ini, pelajar-pelajar telah diberikan kebebasan untuk memilih lagu kegemaran masing-masing.
Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.
Konsert yang bersiaran secara langsung sebentar tadi di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) telah menyaksikan kesemua pelajar #AF2014 terselamat dan tiada penyingkiran.
Selain itu, di konsert pertama ini juga nama pengetua #AF2014 telah diumumkan iaitu Dato’ Hattan.
Dalam pada itu, program realiti Akademi Fantasia juga sinonim dengan kejutan dan antara kejutan yang berlaku sebentar tadi apabila gimik penyingkiran Jihan Muse sebagai pengacara konsert AF dengan membawa masuk pengacara yang bakal bergandingan bersama pelawak Zizan Razak sebagai hos tetap iaitu Faizal Ismail (FBI).
Untuk minggu pertama ini, pelajar-pelajar telah diberikan kebebasan untuk memilih lagu kegemaran masing-masing.
Lagu-lagu tersebut ialah ‘Ku Ada Kamu’ (Adel), ‘Nirmala’ (Fareez), ‘Hilang’ (Muna), ‘Umpan Jinak DiAir Tenang’ (Azwan), ‘Angan-Angan’ (Ziha), ‘Relaku Pujuk’ (Firman), ‘Tunggu Sekejap’ (Nuha), ‘Andaiku Tahu’ (Aman), ‘Gelora Jiwa’ (Nina), ‘Hanya Aku’ (Zarif), ‘Hujung Dunia’ (Wawa) dan ‘Di Alam Fana Cinta’ (Ewal).
Jarak antara jumlah peratusan undian antara yang tertinggi dengan terendah adalah besar bezanya apabila Azwan mendapat sebanyak 29% manakala Wawa pula sebanyak 2%.
Tiga orang juri juga telah diperkenalkan iaitu Dato Ramli MS dan Tam Spider sebagai juri jemputan manakala Raja Azura selaku juri tetap.
Konsert ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Hafiz dan Stacy.
Sedikit kelaianan untuk #AF2014 kali ini apabila Hafiz dan Stacy diumumkan sebagai juri juara di mana pada setiap minggu mereka akan memberi komen persembahan 12 pelajar tersebut yang akan dinilai secara virtual melalui aplikasi #AF2014 yang boleh dimuat turun di ‘APP Store’ dan ‘Google Play Store’.
--Sumber: Astro Gempak
No comments:
Post a Comment