Monday 8 September 2014

Power bank guna bateri AA


DI pasaran sekarang terdapat puluhan jenis power bank dengan kapasiti yang berbeza.

Kesemuanya mempunyai satu persamaan iaitu ianya perlu dicas terlebih dahulu dan mempunyai saiz yang agak besar.

Alangkah bagus sekiranya ada power bank di pasaran yang bukan sahaja tidak perlu dicas sebelum digunakan dan juga mudah dibawa.

Oivo ialah pengecas yang mungkin dapat menyelesaikan kedua-dua masalah ini. Power bank mudah alih ini menggunakan empat bateri AA sebagai sumber tenaga. Apabila tidak digunakan ianya boleh disimpan dan digunakan sebagai rantai kunci.

Power bank ini dilengkapi dua magnet neodymium yang akan mengunci kedudukan bateri apabila ianya mengecas.

Menurut pencipta Oivo, bateri alkali biasa dapat mengecas bateri sebuah iPhone sehingga 50 peratus manakala bateri lithium dapat mengecasnya sehingga penuh.

Selain berfungsi sebagai sebuah power bank dan rantai kunci, Oivo juga boleh digunakan sebagai tetongkat untuk telefon pintar anda. Buat masa ini Oivo hanya direka untuk digunakan iPhone 4, 5 dan 5S.

Tiada perancangan lagi untuk telefon pintar Android. Jika berminat anda boleh menyokong projek Oivo di laman Kickstarter mereka. 

-- Sumber: Oivo

No comments:

Post a Comment